Powered By Blogger

Wednesday, 16 January 2013

Organisasi-organisasi sukan di Malaysia

-->
Organisasi-organisasi sukan di Malaysia
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia adalah kementerian yang di bawah kerajaan Malaysia. Menteri bagi kementerian tersebut adalah Dato Seri Shabery Chek.
Majlis Olimpik Malaysia 
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) merupkan badan sukan yang mempunyai kuasa eksklusif untuk mewakili negara Malaysia di kejohanan Sukan Olimpik. Presiden MOM sekarang ialah Putera Tunku Imran ibni Tuanku Ja’afar.
Majlis ini ditubuhkan pada 1953 sebagai satu pertubuhan kebangsaan bukan kerajaan dan bukan berkeuntungan, dan diiktiraf Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada tahun berikutnya.
Majlis Sukan Negara : Sejarah
Majlis Sukan Negara ditubuhkan di bawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971 dan Akta Majlis Sukan Negara (pindaan 1979). Pelancarannya secara rasmi telah dilakukan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak b. Datuk Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada 21 Februari 1972.

Pada peringkat awal penubuhannya, program-program sukan prestasi tinggi dilaksanakan di bawah kendalian Bahagian Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan(nama Kementerian Belia Dan Sukan ketika itu). Untuk mencapai matlamat penubuhan Majlis, satu usaha kolektif melibatkan secara langsung semua agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sukan tanahair, majlis-majlis sukan negeri, institusi pengajian tinggi, badan-badan sukarela serta orang perseorangan telah diusahakan supaya mutu sukan negara dapat mencapai prestasi yang terbaik.
Selepas organisasi Majlis disusun semula pada tahun 1981, Majlis mula mengorak langkah dan seterusnya mengembangkan program dan aktiviti sehinggalah apa yang dapat dilihat masa kini. Matlamat penubuhan Majlis Sukan Negara Malaysia adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara iaitu bertanggungjawab sepenuhnya ke arah penggalakkan, pembangunan dan pencapaian cemerlang dalam sukan-sukan di peringkat tertinggi.

Malaysia Hockey Confederation
The Malaysian Hockey Confederation (MHC) is the national governing body for Malaysia national field hockey team, Malaysia national women's field hockey team, Malaysia national under-21 field hockey team, Malaysia national women's under-21 field hockey team, Malaysia national indoor hockey team and Malaysia national women's indoor hockey team than also manage the field hockey in Malaysia. It is affiliated to the Asian Hockey Federation (AHF) and member of the International Hockey Federation (FIH). The current MHC president is Tengku Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah.

MABA
The name of the association shall be called the “Persatuan Bola Keranjang Malaysia”(Malaysia Basketball Association) (MABA), hereinafter referred to as “the Association”.
Lapan sukan teras di Malaysia
olahraga, akuatik, badminton, boling tenpin, bolasepak, gimnastik, hoki dan skuasy.

Permainan Tradisional


Jenis Permainan Tradisional Kaum Melayu
Sepak Raga
Permainan sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masaitu, permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan. Rakyat Biasa juga menggemari permainan ini. Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya kea rah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-gilir menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, pemainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.
Batu Seremban
Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering dimainkan di waktu lapang. Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih. Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.
                                                           
Jenis Permainan Tradisional Kaum Cina
Go
Go ialah permainan berpapan yang dimainkan oleh dua orang. Go juga dikenali sebagai wéiqí di dalam bahasa China. Permainan ini kaya dengan strategi yang kompleks tetapi hanya mempunyai undang-undang permainan yang mudah. Go hanya menggunakan biji-biji berwarna hitam dan putih.

Xiang qi
Xiangqi merupakan sebuah permainan papan cina yang dimainkan oleh dua orang pemain. Xiangqi berada dalam keluarga yang sama dengan catur. Xiangqi bentuk kini berasal dari China, oleh itu ianya digelar sebagai Catur Cina. Permainan ini didapati telah mula dimainkan seawal abad ke-4 selepas Masihi di China. Xiangqi merupakan salah satu permainan papan yang paling popular di dunia. Ciri-ciri yang unik termasuklah pergerakan unik pao (meriam), peraturan yang melarang panglima (seperti "raja" dalam catur) daripada bertemu dalam garisan yang sama, serta "sungai" dan "istana" yang mengehadkan pergerakan sesetengah buah catur.

Yo-yo cina
Yo-yo cina ialah permainan dari China yang mempunyai dua cakera yang sama saiz yang dihubungkan oleh gandar yang panjang. Yo-yo cina akan sentiasa berpusing pada tali yang diikat pada dua batang kayu kecil. Pemain akan memegang hujung kedua-dua kayu dan mengimbangi yo-yo daripada jatuh. Permainan ini dikenal pasti telah wujud sejak Dinasti Ming sekitar tahun 1386 hingga tahun 1644 selepas Masihi. Yo-yo cina tradisional dibuat daripada buluh, dimana ianya mudah patah dan tidak sesuai untuk aksi-aksi lasak. Sesetangah yo-yo cina dimasukkan alat yang menghasilkan bunyi apabila dipusingkan dengan laju. Bunyi ini membolehkan pemainnya mengimbangi kelajuan yo-yo.
                                 
Jenis Permainan Tradisional Kaum India
Kho-kho 
'Kho-kho' merupakan satu permainan tradisional yang popular di kalangan kaum India. Permainan yang berasal dari Maharashtra ini pada mulanya dimainkan menggunakan kereta kuda. Kebanyakan ahli sejarah India mengatakan bahawa Kho-Kho merupakan hasil pengubahsuaian daripada satu permainan 'Lari dan kejar' di mana seorang pemain akan berlari dan mengejar serta menyentuh pemain lain. Permainan kho-kho ini memerlukan kecergasan fizikal pemain serta pergerakan yang fleksibel untuk megelak peserta-peserta lain.
Bagi permainan kho-kho, setiap kumpulan boleh mempunyai 12 pemain.Namun, hanya 9 daripadanya akan bermain bagi satu perlawanan. Terdapat 2 giliran dalam permainan kho-kho ini. Setiap giliran diperuntukkan selama 7 minit untuk acara lari dan kejar. Bagi kumpulan pengejar (chaser), 8 pemain akan berada di tengah setiap 8 kotak yang terdapat di padang permainan. Setiap 8 peserta ini akan duduk dalam kedudukan yang bertentangan secara berselang-selang. Manakala, pemain yang kesembilan akan bertindak sebagai pengejar. Sasaran bagi setiap pengejar ialah menyentuh pemain lawan dengan menggunakan tapak tangan. Pemain lawan akan tersingkir apabila pengejar menyentuhnya dengan tapak tangan tanpa melakukan "foul", pemain lawan telah melebihi had garisan dengan sendirinya ataupun lambat sampai ke had garisan. Pengejar boleh menukar giliran mengejar dengan menyentuh ahli pasukannya yang lain sambil berkata "Kho Kho". Pemain yang disentuh kemudiannya akan menjadi pengejar dan begitulah seterusnya. Bagi setiap 2 giliran terdapat 5 minit masa rehat diberikan. Bagi permainan 'Kho-Kho' ini, keluasan petak padang yang diperlukan ialah 27mX15m.
KABADI
Kabadi ialah sebuah permainan yg dibentuk dalam permainan tradisional India. Permainan ini sangat terkenal di Selatan Asia dan tersebar dengan meluas di Tenggara Asia, Jepun, dan Iran. Ia adalah permainan bangsa Bangladesh dan juga meluas di Tamil Nadu, Andura Pradesh, Punjab dan Maharasutran di India. Kabadi juga dimainkan oleh tentera British untuk tujuan hiburan, menjaga kemantapan badan dan juga untuk mengumpan tentera askar dan komuniti Asia British. Dalam satu permainan, 2 pasukan dibentuk yang mana terdiri daripada tujuh pemain. Gelanggang yang digunakan adalah 12.5m x 10m (separuh daripada gelanggang bola keranjang). Setiap pasukan mengandungi pemain simpanan seramai 5 orang. Permainan ini dilangsungkan selama 20 minit, dengan 5 minit setengah untuk rehat semasa pertukaran gelanggang. Satu pasukan akan menghantar penyerang kepada pasukan pihak lawan, yang mana bertujuan untuk menyentuh salah seorang daripada pemain pihak lawan sebelum patah balik kepada pasukannya. Pemain yang telkah disentuh akan terkeluar dan meninggalkan padang. Sementara itu, pihak pertahanan membentuk sebuah rantai seperti berpegangan tangan antara satu sama lain. Jika rantai itu terputus, salah seorang pemain pertahanan akan meninggalkan padang. Sasaran pertahanan adalah untuk menghentikan penyerang balik ke pasukannya sebelum berhenti berehat. Jika penyerang berhenti sebelum sampai ke destinasi, penyerang itu akan meninggalkan padang. Pemain juga boleh melepasi sempadan garisan atau bahagian bdn mencecah tanah di luar garisan, kecuali semasa bergelut dengan pasukan pihak lawan. Setiap pemain yang terkeluar, pihak lawan akan mendapat mata. Pasukan yang skor dua mata bonus, yang dipanggil lona, manakala semua pihak lawan akan tersingkir. Pada akhir perlawanan, pasukan yang mengumpul mata tertinggi akan menang. Permainan adalah berdasarkan kesesuaian umur dan berat. Permainan ini terdiri daripada satu pengadil, dua pembantu pengadil, satu penjaring dan dua pembantu penjaring.
INDUSTRI SUKAN
PENJANA EKONOMI NEGARA
Sejak bermulanya tamadun manusia, sukan telah menjadi
satu kegiatan rekreasi dan riadah dalam kehidupan manusia
sejagat. Namun kini, sukan tidak lagi hanya mendukung fungsi
tradisinya iaitu menyihatkan tubuh badan atau mengisi masa
lapang malah sudah menjadi suatu wadah untuk mengaut
keuntungan lumayan melalui industri yang bersifat komersial
di samping mampu ‘menjual’ nama sesebuah negara di pentas
dunia. Perkara ini telah dibuktikan apabila penganjuran sukansukan
antarabangsa telah menjadi sumber ekonomi kepada
sesebuah negara.
Tidak ramai di kalangan masyarakat Malaysia menyedari
bahawa industri sukan adalah satu industri yang besar nilai
serta impaknya dan telah mula berkembang di negara kita.
 Industri sukan ini bukan sahaja berkaitan dengan
industri pembuatan produk yang berkaitan sukan
semata-mata tetapi turut melibatkan pelbagai
komponen lain termasuklah dari segi perkhidmatan,
perubatan, sains sukan, pelancongan dan lain-lain
yang berteraskan atlet, masyarakat dan aktiviti
sukan itu sendiri.
Sepertimana yang telah dinyatakan oleh YB Menteri Belia
dan Sukan Malaysia, YB Dato’ Ahmad Shabery Cheek dalam
Majlis Perasmian KISMAS 2009, “di Amerika Syarikat (AS)
industri sukan merupakan antara salah satu industri yang terbesar dan yang paling pesat membangun. Dalam satu kajian
yang telah dijalankan oleh Sports Business Journal melaporkan
bahawa nilai industri sukan di Amerika Syarikat pada tahun
2008 sahaja telah bernilai USD 213 billion iaitu lebih dua kali
ganda daripada industri kenderaan dan tujuh kali ganda lebih
besar daripada industri perfileman”.
Laporan kajian tersebut juga telah menyatakan bahawa
pendapatan yang diperolehi oleh Amerika Syarikat dalam
industri sukan mengikut beberapa sektor-sektor adalah seperti
berikut:
a) Sektor pengiklanan mencatat USD 30.86 billion;
b) Sektor endorsmen mencatat USD 1.1 billion;
c) Sektor peralatan/pakaian/kasut mencatat USD 33.86 billion;
d) Sektor pembangunan kelengkapan mencatat USD 3.35 bilion;
e) Sektor internet mencatat USD 927 juta;
f) Sektor produk berlesen mencatat USD13.9 billion;
g) Sektor hak penyiaran mencatat USD 7.7billion;
h) Sektor perkhidmatan professional mencatat USD 17.5 billion;
i) Sektor perbelanjaan penonton mencatat USD 32.06 billion;
j) Sektor penajaan mencatat USD 10 billion;
k) Sektor perubatan mencatat USD 14.7bilion;
l) Sektor perjalanan mencatat USD 19.27billion;
m) Sektor multimedia mencatat USD 2.2billion, dan
n) Sektor pengurusan mencatat USD 25.85 billion.
Justeru itu, Kementerian Belia Dan Sukan melalui Pelan
Strategik KBS 2010-2015 telah meletakkan industri sukan sebagai
teras strategik kelima kementerian yang mana “pembangunan
industri sukan sebagai penjana ekonomi negara”. Antara langkah
strategik untuk membangunkan sukan sebagai satu industri
seperti yang termaktub dalam Pelan Strategik KBS 2010-2015
adalah seperti berikut:
a) Menggalakkan badan-badan sukan, badan bukan kerajaan
(NGO) dan swasta mewujudkan persekitaran yang sesuai
bagi pembangunan industri sukan;
b) Mempertingkatkan pengeluaran produk dan perkhidmatan
sukan untuk penggunaan tempatan dan eksport;
c) Meningkatkan pembangunan dan penyelidikan (R&D)
yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan sukan
melalui penyediaan insentif yang sesuai;
d) Mempertingkatkan pemasaran dan promosi produk dan
perkhidmatan sukan tempatan dan;
e) Mempertingkatkan pelancongan sukan melalui lebih
banyak penganjuran acara di peringkat antarabangsa.
Oleh itu, adalah diharapkan agar industri sukan di Malaysia
dapat merangsang dan menyumbangkan sesuatu kepada
pertumbuhan ekonomi negara terutamanya dalam Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK) dan mampu meningkatkan Gross
National Income (GNI) selaras dengan Model Ekonomi Baru (MEB).

Wednesday, 9 January 2013


Haruskah Loo Yong Yue dikekalkan sebagai jaguh Negara untuk Olimpik 2016

Pada pendapat saya, saya menyokong bahawa Loo Yong Yue harus dikekalkan sebagai jaguh negara untuk olimpik 2016. Mata Olimpik Dato Lee masih berkelayakan untuk mewakili negara kita untuk menyertai Sukan Olimpik. Menurut Badminton Ranking Dunia yang terbaru, Loo Yong Yue masih jauh di depan.  Ini telah membuktikan bahawa Dato Lee masih berkemampuan mewalili negara kita untuk merebut pingat emas dalam Sukan Olimpik. Status kesihatan beliau masih dikekalkan pada keadaan yang baik. Selain itu, memanglah tidak boleh dinafikan bahawa sebagai seorang atlet, beliau telah mencapai usia yang sepatutnya bersara. Tetapi sehinggalah hari ini, fenomena yang dapat kita lihatkan ialah masih tiada seorang pemain tempatan yang berkemampuan untuk mengambil alih tempat Dato Lee sebagai jaguh negara.