Permainan Tradisional
Jenis Permainan Tradisional Kaum
Melayu
Sepak
Raga
Permainan
sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masaitu, permainan
ini dimainkan oleh golongan bangsawan. Rakyat Biasa juga menggemari permainan
ini. Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia
bukan hanya dimainkan oleh orang melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah
telah dikenali di seluruh. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan
yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.
Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada
rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya
sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya kea rah pemain lain.
Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah
bergilir-gilir menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi.
Jika bola itu jatuh, pemainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.
Batu
Seremban
Batu Seremban juga dikenali sebagai
permainan Selambut atau Serembat. Sering dimainkan di waktu lapang. Permainan
ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau
berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang
atau lebih. Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang
kecil atau ketulan-ketulan objek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa
digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Dalam
bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah
yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan
sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat lebih
tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.
Jenis Permainan Tradisional Kaum Cina
Go
Go ialah permainan berpapan yang
dimainkan oleh dua orang. Go juga dikenali sebagai wéiqí di dalam bahasa China.
Permainan ini kaya dengan strategi yang kompleks tetapi hanya mempunyai
undang-undang permainan yang mudah. Go hanya menggunakan biji-biji berwarna
hitam dan putih.
Xiang
qi
Xiangqi merupakan sebuah permainan
papan cina yang dimainkan oleh dua orang pemain. Xiangqi berada dalam keluarga
yang sama dengan catur. Xiangqi bentuk kini berasal dari China, oleh itu ianya
digelar sebagai Catur Cina. Permainan ini didapati telah mula dimainkan seawal
abad ke-4 selepas Masihi di China. Xiangqi merupakan salah satu permainan papan
yang paling popular di dunia. Ciri-ciri yang unik termasuklah pergerakan unik
pao (meriam), peraturan yang melarang panglima (seperti "raja" dalam
catur) daripada bertemu dalam garisan yang sama, serta "sungai" dan
"istana" yang mengehadkan pergerakan sesetengah buah catur.
Yo-yo
cina
Yo-yo cina ialah permainan dari China
yang mempunyai dua cakera yang sama saiz yang dihubungkan oleh gandar yang
panjang. Yo-yo cina akan sentiasa berpusing pada tali yang diikat pada dua batang
kayu kecil. Pemain akan memegang hujung kedua-dua kayu dan mengimbangi yo-yo
daripada jatuh. Permainan ini dikenal pasti telah wujud sejak Dinasti Ming
sekitar tahun 1386 hingga tahun 1644 selepas Masihi. Yo-yo cina tradisional
dibuat daripada buluh, dimana ianya mudah patah dan tidak sesuai untuk
aksi-aksi lasak. Sesetangah yo-yo cina dimasukkan alat yang menghasilkan bunyi
apabila dipusingkan dengan laju. Bunyi ini membolehkan pemainnya mengimbangi
kelajuan yo-yo.
Jenis Permainan Tradisional Kaum India
Kho-kho
'Kho-kho' merupakan satu permainan
tradisional yang popular di kalangan kaum India. Permainan yang berasal dari
Maharashtra ini pada mulanya dimainkan menggunakan kereta kuda. Kebanyakan ahli
sejarah India mengatakan bahawa Kho-Kho merupakan hasil pengubahsuaian daripada
satu permainan 'Lari dan kejar' di mana seorang pemain akan berlari dan
mengejar serta menyentuh pemain lain. Permainan kho-kho ini memerlukan
kecergasan fizikal pemain serta pergerakan yang fleksibel untuk megelak
peserta-peserta lain.
Bagi permainan kho-kho, setiap
kumpulan boleh mempunyai 12 pemain.Namun, hanya 9 daripadanya akan bermain bagi
satu perlawanan. Terdapat 2 giliran dalam permainan kho-kho ini. Setiap giliran
diperuntukkan selama 7 minit untuk acara lari dan kejar. Bagi kumpulan pengejar
(chaser), 8 pemain akan berada di tengah setiap 8 kotak yang terdapat di padang
permainan. Setiap 8 peserta ini akan duduk dalam kedudukan yang bertentangan
secara berselang-selang. Manakala, pemain yang kesembilan akan bertindak
sebagai pengejar. Sasaran bagi setiap pengejar ialah menyentuh pemain lawan
dengan menggunakan tapak tangan. Pemain lawan akan tersingkir apabila pengejar
menyentuhnya dengan tapak tangan tanpa melakukan "foul", pemain lawan
telah melebihi had garisan dengan sendirinya ataupun lambat sampai ke had
garisan. Pengejar boleh menukar giliran mengejar dengan menyentuh ahli
pasukannya yang lain sambil berkata "Kho Kho". Pemain yang disentuh
kemudiannya akan menjadi pengejar dan begitulah seterusnya. Bagi setiap 2
giliran terdapat 5 minit masa rehat diberikan. Bagi permainan 'Kho-Kho' ini,
keluasan petak padang yang diperlukan ialah 27mX15m.
KABADI
Kabadi ialah sebuah permainan yg
dibentuk dalam permainan tradisional India. Permainan ini sangat terkenal di
Selatan Asia dan tersebar dengan meluas di Tenggara Asia, Jepun, dan Iran. Ia
adalah permainan bangsa Bangladesh dan juga meluas di Tamil Nadu, Andura
Pradesh, Punjab dan Maharasutran di India. Kabadi juga dimainkan oleh tentera
British untuk tujuan hiburan, menjaga kemantapan badan dan juga untuk mengumpan
tentera askar dan komuniti Asia British. Dalam satu permainan, 2 pasukan
dibentuk yang mana terdiri daripada tujuh pemain. Gelanggang yang digunakan
adalah 12.5m x 10m (separuh daripada gelanggang bola keranjang). Setiap pasukan
mengandungi pemain simpanan seramai 5 orang. Permainan ini dilangsungkan selama
20 minit, dengan 5 minit setengah untuk rehat semasa pertukaran gelanggang.
Satu pasukan akan menghantar penyerang kepada pasukan pihak lawan, yang mana
bertujuan untuk menyentuh salah seorang daripada pemain pihak lawan sebelum
patah balik kepada pasukannya. Pemain yang telkah disentuh akan terkeluar dan
meninggalkan padang. Sementara itu, pihak pertahanan membentuk sebuah rantai
seperti berpegangan tangan antara satu sama lain. Jika rantai itu terputus,
salah seorang pemain pertahanan akan meninggalkan padang. Sasaran pertahanan
adalah untuk menghentikan penyerang balik ke pasukannya sebelum berhenti
berehat. Jika penyerang berhenti sebelum sampai ke destinasi, penyerang itu
akan meninggalkan padang. Pemain juga boleh melepasi sempadan garisan atau
bahagian bdn mencecah tanah di luar garisan, kecuali semasa bergelut dengan
pasukan pihak lawan. Setiap pemain yang terkeluar, pihak lawan akan mendapat
mata. Pasukan yang skor dua mata bonus, yang dipanggil lona, manakala semua
pihak lawan akan tersingkir. Pada akhir perlawanan, pasukan yang mengumpul mata
tertinggi akan menang. Permainan adalah berdasarkan kesesuaian umur dan berat.
Permainan ini terdiri daripada satu pengadil, dua pembantu pengadil, satu
penjaring dan dua pembantu penjaring.
No comments:
Post a Comment