Powered By Blogger

Wednesday 16 January 2013

INDUSTRI SUKAN
PENJANA EKONOMI NEGARA
Sejak bermulanya tamadun manusia, sukan telah menjadi
satu kegiatan rekreasi dan riadah dalam kehidupan manusia
sejagat. Namun kini, sukan tidak lagi hanya mendukung fungsi
tradisinya iaitu menyihatkan tubuh badan atau mengisi masa
lapang malah sudah menjadi suatu wadah untuk mengaut
keuntungan lumayan melalui industri yang bersifat komersial
di samping mampu ‘menjual’ nama sesebuah negara di pentas
dunia. Perkara ini telah dibuktikan apabila penganjuran sukansukan
antarabangsa telah menjadi sumber ekonomi kepada
sesebuah negara.
Tidak ramai di kalangan masyarakat Malaysia menyedari
bahawa industri sukan adalah satu industri yang besar nilai
serta impaknya dan telah mula berkembang di negara kita.
 Industri sukan ini bukan sahaja berkaitan dengan
industri pembuatan produk yang berkaitan sukan
semata-mata tetapi turut melibatkan pelbagai
komponen lain termasuklah dari segi perkhidmatan,
perubatan, sains sukan, pelancongan dan lain-lain
yang berteraskan atlet, masyarakat dan aktiviti
sukan itu sendiri.
Sepertimana yang telah dinyatakan oleh YB Menteri Belia
dan Sukan Malaysia, YB Dato’ Ahmad Shabery Cheek dalam
Majlis Perasmian KISMAS 2009, “di Amerika Syarikat (AS)
industri sukan merupakan antara salah satu industri yang terbesar dan yang paling pesat membangun. Dalam satu kajian
yang telah dijalankan oleh Sports Business Journal melaporkan
bahawa nilai industri sukan di Amerika Syarikat pada tahun
2008 sahaja telah bernilai USD 213 billion iaitu lebih dua kali
ganda daripada industri kenderaan dan tujuh kali ganda lebih
besar daripada industri perfileman”.
Laporan kajian tersebut juga telah menyatakan bahawa
pendapatan yang diperolehi oleh Amerika Syarikat dalam
industri sukan mengikut beberapa sektor-sektor adalah seperti
berikut:
a) Sektor pengiklanan mencatat USD 30.86 billion;
b) Sektor endorsmen mencatat USD 1.1 billion;
c) Sektor peralatan/pakaian/kasut mencatat USD 33.86 billion;
d) Sektor pembangunan kelengkapan mencatat USD 3.35 bilion;
e) Sektor internet mencatat USD 927 juta;
f) Sektor produk berlesen mencatat USD13.9 billion;
g) Sektor hak penyiaran mencatat USD 7.7billion;
h) Sektor perkhidmatan professional mencatat USD 17.5 billion;
i) Sektor perbelanjaan penonton mencatat USD 32.06 billion;
j) Sektor penajaan mencatat USD 10 billion;
k) Sektor perubatan mencatat USD 14.7bilion;
l) Sektor perjalanan mencatat USD 19.27billion;
m) Sektor multimedia mencatat USD 2.2billion, dan
n) Sektor pengurusan mencatat USD 25.85 billion.
Justeru itu, Kementerian Belia Dan Sukan melalui Pelan
Strategik KBS 2010-2015 telah meletakkan industri sukan sebagai
teras strategik kelima kementerian yang mana “pembangunan
industri sukan sebagai penjana ekonomi negara”. Antara langkah
strategik untuk membangunkan sukan sebagai satu industri
seperti yang termaktub dalam Pelan Strategik KBS 2010-2015
adalah seperti berikut:
a) Menggalakkan badan-badan sukan, badan bukan kerajaan
(NGO) dan swasta mewujudkan persekitaran yang sesuai
bagi pembangunan industri sukan;
b) Mempertingkatkan pengeluaran produk dan perkhidmatan
sukan untuk penggunaan tempatan dan eksport;
c) Meningkatkan pembangunan dan penyelidikan (R&D)
yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan sukan
melalui penyediaan insentif yang sesuai;
d) Mempertingkatkan pemasaran dan promosi produk dan
perkhidmatan sukan tempatan dan;
e) Mempertingkatkan pelancongan sukan melalui lebih
banyak penganjuran acara di peringkat antarabangsa.
Oleh itu, adalah diharapkan agar industri sukan di Malaysia
dapat merangsang dan menyumbangkan sesuatu kepada
pertumbuhan ekonomi negara terutamanya dalam Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK) dan mampu meningkatkan Gross
National Income (GNI) selaras dengan Model Ekonomi Baru (MEB).

No comments:

Post a Comment