Powered By Blogger

Saturday 16 March 2013

sukan jana ekonomi negara


BENTONG 9 April - Kerajaan Negeri Pahang menafikan tuduhan pihak tertentu bahawa Sukan Malaysia (Sukma) tidak memberikan manfaat dan membazirkan wang rakyat.
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, Sukma atau lain-lain acara sukan di peringkat negeri, nasional dan antarabangsa memberikan sumbangan besar serta mampu menjana ekonomi negara.
"Tuduhan bahawa kerajaan melakukan pembaziran dengan menganjurkan sukan itu adalah salah, kerana ia menjadi medan mencungkil bakat bagi diketengah di peringkat daerah, negeri, nasional dan seterusnya pentas antarabangsa.
"Kita tidak lagi boleh melihat sukan hanya daripada sudut pertandingan dan kejuaraan semata-mata, tetapi ia menjadi sebahagian daripada sumbangan besar kepada ekonomi negara," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Larian Baton Sukma Pahang 2012 di Dataran Bentong, di sini, semalam.
Pada majlis itu Adnan menerima baton daripada Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkples Embong dan kemudiannya secara simbolik menyerahkannya kepada Pegawai Daerah Bentong, Datuk Toantowee Mohd. Lotfie untuk larian di daerah Bentong sebelum dibawa ke daerah-daerah lain di negeri ini.
Menurut beliau, negara-negara maju di benua Eropah, Amerika dan beberapa negara Asia membuktikan sukan mampu menjana ekonomi dalam pelbagai acara seperti bola sepak, permotoran, golf, tenis, lumba basikal, bola keranjang dan banyak lagi.
Dalam perkembangan sama, Adnan memberitahu, sukan menjadi saluran yang cukup berkesan bagi mengeratkan perpaduan antara kaum di negara ini.
Sehubungan itu, beliau berharap beberapa acara sukan yang menjadi tradisi sesuatu kaum dapat dibahagikan supaya semua kaum terlibat menyertainya.
Adnan juga berharap semua prasarana dan lokasi Sukan Malaysia (Sukma) XV perlu disiapkan sepenuh Jun ini, sebelum sukan dwi tahunan itu bermula 7 Julai nanti agar berjalan lancar dan tidak mendatangkan masalah pada hari pertandingan.

No comments:

Post a Comment